Friday, February 24, 2012

bermula episode pertama

Setelah di beritahu aku menghidap barah payudara pada 12hb February dunia ku ini terasa begitu kecil. Terlalu banyak benda bermain di fikiran ku. Aku di beri pilihan untuk membuang semua payudara ku atau cuma membuang lump dan juga lymph nodes. Setelah berbincang dengan keluarga dan juga kawan ku yang juga mempunyai sakit yang sama, aku mengambil keputusan untuk membuang ketulan dan juga nodes. Hari yang di tetapkan adalah pada 16hb February iaitu hari Khamis. Hatiku berdebar-debar menanti saat tersebut. Diri ini tidak letih memanjat doa ke hadratnye agak di permudahkan segala urusan. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Pada hari pembedahan, hujan turun dengan lebatnye...Ya allah adakah hujah rahmat yang mengiringi ku ke dewan pembedahan? Itu yang bermain di benak fikiran ku. Sampai sahaja di hospital aku di beri baju untuk di salin, nurse mengambil tekanan darah dan paras gula ku. Ku lihat mak menatap dengan sayu, bapak tidak lekang berdoa kepadaku...oh tuhan betapa berdosanye aku terhadap mereka. Mungkin berkat doa mak dan bapak giliran ku untuk di bedah awal...aku nombor satu sbb makcik yang sepatutnye di bedah tekanan darahnye tinggi. Ya allah aku bersyukur kerana dari awal hingga ler aku di bedah laluan ku begitu mudah. Sebelum di bawa masuk ke dewan bedah, aku meminta maaf kepada mak dan bapak. Aku terlalu banyak melakukan dosa terhadap mereka. Nurse memanggil bapak masuk untuk melihat ku sebelum ku di bawa ke dewan bedah. Sedih sungguh hati ku melihat bapak masih lagi berdoa kepada ku. Ya allah inikah pengajaran yang kau berikan dan juga peluang kedua untuk ku. Di dalam dewan bedah, nurse menyuruhku berzikir dan mengucapkan kalimah syahadah, hati ini berdebar2....adakah ku berpeluang bernyawa di bumi ini. Setelah di bius aku tidak sedar apa2...yang ku tahu bila nurse memanggil namaku....YA allah terima kasih kerana memberi ku peluang ini....aku memanjatkan doa....bila ku sedar mereka menolak ku ke rawatan harian. Di sana ku lihat mak dan bapak menanti ku. Bapak dan Mak ku lihat berwajah ceria. Ya allah terima kasih ku ucapkan kepada mu...peluang yang kau berikan tidak akan ku siakan....terima kasih kerana memberi ku peluang untuk lebih mengenali mu dan mendekati mu......terima kasih allah.....

No comments: