Born in 31st December 1972. Daughter to En. Mohd Nor and Pn. Maznah Mahmud. Eldest of 4. 3 girls and boy. A bit corky and cheeky. Chubby yet hot and sexy (perasan.) Still single and still looking for my prince charming (ada lagi ke???)Thou i'm a happy go lucky person but come to certain things i'm a bit serious and tempered person.
Wednesday, March 7, 2012
minggu ke 2
Assalamuailaiku, sudah masuk minggu ke 2 aku menjalankan operation. Masih lagi terasa sakitnye tapi aku gagah juga tak mahu melayan perasan sakit ku ini. Selama aku bercuti sebulan aku datang jugak kerja sebab ada tugas yang perlu aku selesaikan. Boss aku plak hari2 call, jadi macam mana nak cuti. Aku bagitau rakan sekerja ku kalau aku kena buat chemo atau radio, aku akan berhenti kerja. Kerana perubatan ku ini memerlukan aku dalam keadaan rehat bukan stress. Diaorg dah macam cuak ler sbb selama nie kerja aku, aku sorang je yang buat. Mereka semua tak mau buat kerja boss aku. Sekarang nie diaorg kena ler belajar. Aku dah bagitau mak yang kalau aku berhenti kerja aku nak belajar mengaji, belajar membuat kek dan sebagainye...aku nak mengisi masa aku dengan benda2 yang berfaedah. Hidupku kini tenang bila ku belajar mendekatinya dan mengenalinya. Mak menyuruh ku membaca surah Yaasin tiap2 hari dan membaca al-fatihah kerana ini akan membuat diri ku tenang. Setiap malam aku akan membaca surah Yaasin. Setiap kali aku membaca aku terasa diri ini begitu kerdil. Segala dosa2 yang silam bermain2 di dalam fikiran ku. Adakah lagi ruang kemaafan untuk ku. Sekarang nie aku menjalankan kehidupan ku dengan tenang. Ku terima seadanya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini kan. Ku bermohon agar Allah memberi ku peluang untuk memperbaiki diri ku ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment