Born in 31st December 1972. Daughter to En. Mohd Nor and Pn. Maznah Mahmud. Eldest of 4. 3 girls and boy. A bit corky and cheeky. Chubby yet hot and sexy (perasan.) Still single and still looking for my prince charming (ada lagi ke???)Thou i'm a happy go lucky person but come to certain things i'm a bit serious and tempered person.
Thursday, February 9, 2012
dosa nye aku......
Terasa bersalah sungguh aku terhadap bapak...bukan niat ku nak menyakiti hati dia tetapi entah kenapa mulut nie ringgan aje menyebut perkataan itu. Sebenarnya aku ingin mengeluarkan kata yang lain tapi yang lain pulak yang keluar. Aku tersedar bila Bapak menegur cara aku bercakap dengan dia, terus dalam hati ini terasa BERSALAH sangat. Aku tahu banyak yang dia telah lakukan kepada ku, tapi entah lah mungin baran ku yang membuat aku berkata2 dengan perkataan demikian. Sebenarnye sejak aku jalankan biopsy aku tu, aku cepat sangat sentap dan berasa sensitif. Memang aku rasa bersalah sangat tapi sebab ego ku yang tinggi aku semcm buat tak tahu tetapi di dalam hati aku amat rasa bersalah. Aku tahu aku tak sepatutnye sebagai seorg anak mengeluarkan perkataan itu. Kata adik aku Mak ngan Bapak dah tak tahu nak buat mcm mana dengan aku. Cuma diaorg berserah saje kepada allah. Adik aku kata Bapak cakap aku baik dengan dia bila aku dapati ada lump bila dah buat biopsy aku jadi pada yang asal. Sebenarnye TIDAK...setelah mendapat berita yang kurang menyenangkan itu, aku berubah menjadi seorang yang tenang sebenarnye..tetapi entah apa yang merasuk dlm badan aku, benda yang kecik aku boleh mengamuk pada BAPAK. Bapak, ketahui lah anak mu ini tidak berniat langsung pun menyakiti hati BAPAK. BAPAK dan MAK adalah segalanye bagi aku. Cuma cara aku ini agak kasar tapi aku mmg sayang pada mereka. Sekarang ini aku berserah kepada ALLAH, apa jua hukuman yang ALLAH bagi pada ku kerana menderhaki MAK dan BAPAK aku terima sahaja. Setiap kali solat aku sentiasa berdoa kepada NYA agar di ampuni segala dosa2 aku nie...berikan ler aku hati yang bersih dan jernih, jauhilah aku dari segala amarah yang menyelubungi badan ku ini....Sekarang nie aku banyak berdiamkan diri aku...tak bercakap banyak sbb bagi aku baik aku diamkan diri dari bersuara, kerana aku takut setiap kali aku bersuara, aku takut aku akan menyakiti hati MAK dan BAPAK. Sungguh besar DOSA yang ku lakukan kepada org tua ku. Aku tahu tanpa mereka aku tentu tidak dapat menjalani kehidupan ku seperti hari ini. YA ALLAH AMPUNI LAH DOSA KU INI....MAK, BAPAK AMPUNILAH DOSA ANAK MU INI, KERANA MEMANG BUKAN NIAT ANAK MU INI MENGASARI...PERCAYA LAH ANAK MU INI MEMANG MENYESAL DAH BERASA SALAH....YA ALLAH LINDUNGI LAH KEDUA IBU DAN BAPA KU....BERIKAN LAH MEREKA KEHIDUPAN YANG BAIK DAN KESIHATAN YANG BAIK...YA ALLAH AMPUNI LAH DOSA2 KU INI YA ALLAH, BERIKAN AKU INI HATI YANG BERSIH LAGI SUCI...JAUHILAH AKU DARI AMARAH YANG AKAN MENYESATKAN AKU....AMIN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment