Wednesday, May 20, 2009

Dear Raymond

Dear Raymond,

Terlalu banyak hendak aku cerita kan pada kau tapi tak tahu di mana dan bagaimana nak bermula. Aku ingin bercerita tentang hari-hari yang aku lalui tetapi aku tidak tahu bagaimana....Tidak ada satu detik pun dalam kehidupan harian aku tanpa memikirkan kau....semua perbuatan harian aku semuanya mengingatkan kau...semalam entah kenapa aku selongkar barang lama dan jumpa DVD MY BEST FRIEND WEDDING...Tetiba sahaja aku rasa watak Julia Roberts tu menyerupai aku dan watak heronya (emmm aku lupa pulak namanye..he hehe) menyerupai kau Raymond. Ada dalam satu scene di mana Julia Roberts ada mengungkapkan kata-kata yang berbunyi IF YOU LOVE SOMEBODY, TELL IT LOUD AND IF YOU DON'T IT WILL JUST PASS YOU BY....aku rasa mcm keadaan tu seperti kita berdua...mungkin juga aku salah dan mungkin juga aku tidak. Tetapi apa yang aku tahu hati tak pernah berbohong.....adakah kerana kita terlalu ego ataupun aku yang bertepuk sebelah tangan. Kita pernah melalui pasang surut sesuatu "relationship" yang kita sendiri tidak tahu bagaimana nak kita terangkan...sesuatu yang kita rasa terlalu personal nak di bicarakan...kekadang tu aku mcm keliru..apa sebenarnya hubungan kita Raymond? Yang aku tahu kau berikan cincin kau sebagai hadiah harijadi ku..tapi bila aku tanya kenapa? Kau sendiri tak dapat jawapannya....aku bertanya dengan teman2 rapat dan mereka memberi berbagai2 jawapan yang tidak memuaskan..mungkin aku ingin jawapan sebenar dari kau Raymond...tapi kau sendiri pun tak terjawap....entahlah....Teman baik kita Noor (middle "man" kita...) ada beritahu aku tentang kau dan tentang aku pada kau...masing2 semacam ada batu penghalang untuk berkomunikasi antara satu sama lain tapi aku berdoa agar kau bahagia di samping orang yang bertahta di hati kau buat masa sekarang ini...dan aku Raymond berasa bahagia kalau kau pun bahagia.....itu kan teman namanya....cuma satu Raymond aku akan tetap menghantar khabar berita tentang diri ini melalui blog ini....semoga satu hari kau akan tahu isi hati ku ini.........

Salam Sayang
GG

No comments: