Monday, January 12, 2009

Hati ini tercalar lagi...............

Hati ini sekali lagi terguris bila mendapat tahu my late grandfather Col. Ishak Shafie di hina sebegini rupa. Terasa dalam hati kenapa harus dia di hina. Setahu aku selama dia bersama kami dan sebagai seorang manusia, bapa dan datuk..beliau berjiwa mulia. Yang menghinanya adalah dari kalangan keluarga beliau jugak. Aku tidak akan beritahu siapa tapi sapa yang makan cili dia yg terasa pedasnya. Siapa Col Ishak di mata cucunya iaitu aku.....Bagi aku kalau sesiapa tanya siapa kah yang aku akan pandang tinggi aku akan jwp Tok Ki (itu yang kami panggil datuk ku)....beliau mempunyai hati yang mulia yang sanggup menolong org bila mereka memerlukan bantuan tanpa mengira balasan. Seingat aku dia byk berkorban utk keluarganya. Masih lagi aku ingat kalau waktu kecil bila raya dia akan beli selagi ada bunga api untuk cucu-cucunya. Dia akan pasang pancur keliling rumah banglo di petaling jaya...(skg nie banglo dah di jual....) Dia akan beli mcm2 games untuk cucu-cucunya...yang pasti chocolate mesti ada kat rumah tu. Dia akan bagi cucu2nya rasa. Minat dia terhadap sukan Golf amat ketara. Di rumah tu setiap sudut ada je piala kemenangannya. Breakfast jangan cakap ler...ada western and ada yang biasa...nasi goreng utk siapa yang nak makan and burger, sausages, scramble eggs semua terhidang di meja....mungkin kerana beliau merupakan bekas tentera British, jadi sudah terbiasa dengan keadaan dan suasana english....mungkin masa aku bersamanya tidak lah lama sbb dia meninggal sewaktu umurku 10 tahun. Kehilangannya bagai terasa dan yang paling ketara arwah tok aku bila Tok ki meninggal dia mcm terasa salah satu kehidupannya telah pergi...dia akan terkenang arwah Tok Ki selalu...hinggakan bila arwah Tok nak meninggal, kekerapan dia memanggil arwah Tok ki ku membuat hati ini tercalar. Jadi, bila last week aku dapat tahu yang arwah Tok Ki ku di hina dan di pandang rendah aku amat sedih dan marah......seperti kata bapa ku...biar org hina dia sbb diaorg tak tahu and tak kenal dia....cuma keluarga dia saja kenal jadi biarlah apa org nak kata pun asalkan kita tahu siapa sebenarnya beliau. Aku terdiam sekejap mungkin benar apa yang di kata Bapa.....jadi wahai manusia2 yang tidak mengenang jasa ingat lah apa yang anda cakap satu hari nanti akan jadi kepada anda semua..seperti perumpamaan "What comes around, goes around"......history repeat.......

No comments: